Bagimu aku hanyalah boneka
Tidak kenal erti sedih,marah
Lantaran itu cinta ini dibuang tepi
Tanpa ku perolehi belas ihsanmu.
Tanpa kusedari
Kakiku menggeletar,hatiku kepedihan
Akhirnya terduduklah aku
Dalam kesamaran Kegelapan
Menangisi diriku ini.
Biarkan aku bersendirian
Menyesali diriku ini
Biarkan aku kesunyian
Menangisi cintaku ini.
Akan kugugurkan cintaku
Di persadai dunia
Meskipun hatiku tidak rela
Merintih
Ingin dilepaskan.
Kucintainya kerana ALLAH
Kerana ALLAH jualah ku bertekad
Memutuskan cinta ini
Dan memilih cinta agung
Yang membawa kepada
Syurga Firdaus-NYA.
Meskipun hati ini sekali
Mendengar mohonan ampunnya
Namun apakan dayaku
Bicaranya mustahil sekali ku kawal.
Akhirulkalam,
Akan ku undurkan diriku
Dari hidupnya
Dengan cahaya keimanan,kesabaran
Dan ketabahan
Moga ku perolehi magfirat dan barakah-NYA
Yang selama ini ku idam-idamkan.
HASIL PENA SAHABATKU:-
NURUL SOFIA (12/8/10)
Lantaran itu cinta ini dibuang tepi
Tanpa ku perolehi belas ihsanmu.
Tanpa kusedari
Kakiku menggeletar,hatiku kepedihan
Akhirnya terduduklah aku
Dalam kesamaran Kegelapan
Menangisi diriku ini.
Biarkan aku bersendirian
Menyesali diriku ini
Biarkan aku kesunyian
Menangisi cintaku ini.
Akan kugugurkan cintaku
Di persadai dunia
Meskipun hatiku tidak rela
Merintih
Ingin dilepaskan.
Kucintainya kerana ALLAH
Kerana ALLAH jualah ku bertekad
Memutuskan cinta ini
Dan memilih cinta agung
Yang membawa kepada
Syurga Firdaus-NYA.
Meskipun hati ini sekali
Mendengar mohonan ampunnya
Namun apakan dayaku
Bicaranya mustahil sekali ku kawal.
Akhirulkalam,
Akan ku undurkan diriku
Dari hidupnya
Dengan cahaya keimanan,kesabaran
Dan ketabahan
Moga ku perolehi magfirat dan barakah-NYA
Yang selama ini ku idam-idamkan.
HASIL PENA SAHABATKU:-
NURUL SOFIA (12/8/10)