Tuesday, 20 November 2012


Dinginnya kalbu..,
Kosong nan menusuk jiwa,,
Terpana dengan pandangan sendiri,,
Tidak mengerti disebalik riak wajah sendiri,,
Beban kian menebal,,
Kesedihan kian memuncak,,,

Keliru,,
Bingung,,
Ingin mencari penyelesaian,,
Namun kelihatan hambar,,
Kabus semakin menebal dalam jiwa,,
Sukar untuk melihat isi di dalamnya,,
Lalu hanya pasrah peneman diri..

Wednesday, 3 October 2012




hati menjerit kesakitan,

hati meronta kepayahan,

sekuat mana,sedalam mana ia merintih,

umpama angin yang bertiup,

tiada siapa dapat melihat,mendengar

selain ALLAH dan empunya diri

hati akan sentiasa terungkap sunyi,

hanya fikiran mampu menafikan perasaan..

tanyalah hati sejuta kali meskipun,

ia tidak akan dapat menipu

pejamkan mata , 

tanyalah hati,

adakah perasaan yang tersemat dijiwa dusta belaka?????

kesedihan yang berpanjangan tak akan mampu mengubah apa-apa.

Saturday, 15 September 2012

♥ Cintaku Ini


Bagimu aku hanyalah boneka

Tidak kenal erti sedih,marah
Lantaran itu cinta ini dibuang tepi
Tanpa ku perolehi belas ihsanmu.

Tanpa kusedari
Kakiku menggeletar,hatiku kepedihan
Akhirnya terduduklah aku
Dalam kesamaran Kegelapan
Menangisi diriku ini.

Biarkan aku bersendirian
Menyesali diriku ini
Biarkan aku kesunyian
Menangisi cintaku ini.

Akan kugugurkan cintaku
Di persadai dunia
Meskipun hatiku tidak rela
Merintih
Ingin dilepaskan.

Kucintainya kerana ALLAH
Kerana ALLAH jualah ku bertekad
Memutuskan cinta ini
Dan memilih cinta agung
Yang membawa kepada
Syurga Firdaus-NYA.

Meskipun hati ini sekali
Mendengar mohonan ampunnya
Namun apakan dayaku
Bicaranya mustahil sekali ku kawal.

Akhirulkalam,
Akan ku undurkan diriku
Dari hidupnya
Dengan cahaya keimanan,kesabaran
Dan ketabahan
Moga ku perolehi magfirat dan barakah-NYA
Yang selama ini ku idam-idamkan.

HASIL PENA SAHABATKU:-
NURUL SOFIA (12/8/10)

Friday, 14 September 2012

"ya,,sya redha"

Tiada siapa mampu melawan takdir ALLAH ,, andai hati tidak mahu keadaan begitu berlaku tetapi andai takdirnya begitu.. apakan daya hati.. tak mampu melawan kehendak takdir yang Maha Esa..

CINTA.. Manusia hanya mampu jatuh sekali sahaja seumur hidup. Percaya atau tidak,, terpulang pada diri masing-masing.. hati senang menerima dan susah untuk menolak..

Sekali perasaan yang luhur suci melekat dalam jiwa yang paling dalam.. tiada siapa akan mampu untuk menggantikannya.. Peritnya hati,, sesak nya jiwa,, tergurisnya perassan.. tidak akan ada satu manusia mengerti perasaan yang bergelora.. kepada siapa mampu aku mengeluh??? jawapannya : TIADA.

Akhirnya,, aku menadah tangan pada yang Maha Esa.. "Ya Allah,andai ini takdir yang telah engkau berikan kepadaku.. apakan daya ku untuk menolak.. aku hanya insan yang lemah.. kuatkanlah hati hambamu ini.. aku redha...."