Monday, 26 August 2013

NoKtAh TeRhEnTi


Ya allah,,
Ketika cinta itu hadir dalam jiwaku… satu perasaan yang sukar untuk di ucapkan dengan kata kata.. terlalu tinggi maksudnya… ia hadir tanpa aku undang,, dan ia juga pergi tanpa kata.. secebis kenangan dapat aku ingatinya seumur hidupku…
 terlalu indah,,
terlalu istimewa,
terlalu singkat dan terlalu sakit ya allah..
 mengapa aku insan yang kau pilih?? Adakah aku mampu untuk memikul bebanan yg teramat pahit?? Sehingga sekarang memori itu masih segar di ingatan aku..
Dulu aku hanya budak hingusan .. tidak mengenal erti dunia yang sebenar.. apa yang aku tahu keluarga yang sentiasa dengan ku dari dulu hingga kini.. sering aku mendengar cinta pertama itu indah… lebih indah dari mimpi.. sehingga mati masih utuh di hati.. benarkah ianya begitu?? Tanpa aku menduga cinta itu akan datang ke dalam hidup aku.. menyinari cintaku yang terpendam selama ini.. dunia baru buatku..
Ianya hadir umpama mimpi.. tanpa kita sedari akan kehadiran nya… kisah cinta ku ini akan ku abadi hingga akhir nanti… kisahnya bermula disini:

Tahun 2007 adalah tahun yang tanpa aku duga akan memberi lembaran baru buat aku.. aku masih di bangku sekolah.. berumur 14 tahun.. ya,, masih kecik dan naïf lagi.. tidak mampu memikirkan apa-apa lagi mahupun cinta atau study.. masih ingin menerokai alam fana ini..

Sehingga satu hari., jejaka hitam manis ini.. sering melihat diriku ini.. pandangan mata nya pada diriku ini penuh maksud tersembunyi. Pertama kali aku melihat dirinya di hadapan rumah ku sendiri.. tapi aku membiarkan dia berlalu pergi.. setiap pagi dia adalah insan pertama yang akan aku lihat di luar rumah aku..tepat pada waktu.. menaiki motosikal,berpakaian seragam sekolah dan membonceng dengan perlahan dihadapan rumah aku.. terdetik seketika di hati kecil ku ini 
‘siapakah dia?,'
'mengapa aku tidak pernah melihat dia sebelom ini?'
 


Sejak akhir2 ni sering aku melihatnya setiap pagi ‘ tetapi aku membiarkan shaja peasaan ku ini.. hatiku berkata mungkin dia budak baru di sini.. 


Friday, 28 June 2013

menangis tanpa alasan

aku mengaku...
4.37 pagi ni aku menangis..
menangis tanpa alasan..

hati terasa sedih..
ingin menangis..
agar hilang semua kesedihan di hati..

namun aku masih menangis...
aku mencari punca mengapa hati aku sedih..
aku temui nya.. mungkin...

kerana aku adalah wanita..
yang berjiwa sensitif..
naluri seorang wanita..

keistimewaan wanita yang allah berikan..
kerana bagi-nya wanita adalah ciptaan makhluk yang paling terindah.. teristimewa... 
tidak pada makhluk yang lain...

beruntunglah kamu wahai wanita..
kesedihan yang dialami..
mengadulah kepadanya..
kerana dialah yang memberi dan pada nya jugalah kamu mengadu...

Tuesday, 20 November 2012


Dinginnya kalbu..,
Kosong nan menusuk jiwa,,
Terpana dengan pandangan sendiri,,
Tidak mengerti disebalik riak wajah sendiri,,
Beban kian menebal,,
Kesedihan kian memuncak,,,

Keliru,,
Bingung,,
Ingin mencari penyelesaian,,
Namun kelihatan hambar,,
Kabus semakin menebal dalam jiwa,,
Sukar untuk melihat isi di dalamnya,,
Lalu hanya pasrah peneman diri..

Wednesday, 3 October 2012




hati menjerit kesakitan,

hati meronta kepayahan,

sekuat mana,sedalam mana ia merintih,

umpama angin yang bertiup,

tiada siapa dapat melihat,mendengar

selain ALLAH dan empunya diri

hati akan sentiasa terungkap sunyi,

hanya fikiran mampu menafikan perasaan..

tanyalah hati sejuta kali meskipun,

ia tidak akan dapat menipu

pejamkan mata , 

tanyalah hati,

adakah perasaan yang tersemat dijiwa dusta belaka?????

kesedihan yang berpanjangan tak akan mampu mengubah apa-apa.

Saturday, 15 September 2012

♥ Cintaku Ini


Bagimu aku hanyalah boneka

Tidak kenal erti sedih,marah
Lantaran itu cinta ini dibuang tepi
Tanpa ku perolehi belas ihsanmu.

Tanpa kusedari
Kakiku menggeletar,hatiku kepedihan
Akhirnya terduduklah aku
Dalam kesamaran Kegelapan
Menangisi diriku ini.

Biarkan aku bersendirian
Menyesali diriku ini
Biarkan aku kesunyian
Menangisi cintaku ini.

Akan kugugurkan cintaku
Di persadai dunia
Meskipun hatiku tidak rela
Merintih
Ingin dilepaskan.

Kucintainya kerana ALLAH
Kerana ALLAH jualah ku bertekad
Memutuskan cinta ini
Dan memilih cinta agung
Yang membawa kepada
Syurga Firdaus-NYA.

Meskipun hati ini sekali
Mendengar mohonan ampunnya
Namun apakan dayaku
Bicaranya mustahil sekali ku kawal.

Akhirulkalam,
Akan ku undurkan diriku
Dari hidupnya
Dengan cahaya keimanan,kesabaran
Dan ketabahan
Moga ku perolehi magfirat dan barakah-NYA
Yang selama ini ku idam-idamkan.

HASIL PENA SAHABATKU:-
NURUL SOFIA (12/8/10)

Friday, 14 September 2012

"ya,,sya redha"

Tiada siapa mampu melawan takdir ALLAH ,, andai hati tidak mahu keadaan begitu berlaku tetapi andai takdirnya begitu.. apakan daya hati.. tak mampu melawan kehendak takdir yang Maha Esa..

CINTA.. Manusia hanya mampu jatuh sekali sahaja seumur hidup. Percaya atau tidak,, terpulang pada diri masing-masing.. hati senang menerima dan susah untuk menolak..

Sekali perasaan yang luhur suci melekat dalam jiwa yang paling dalam.. tiada siapa akan mampu untuk menggantikannya.. Peritnya hati,, sesak nya jiwa,, tergurisnya perassan.. tidak akan ada satu manusia mengerti perasaan yang bergelora.. kepada siapa mampu aku mengeluh??? jawapannya : TIADA.

Akhirnya,, aku menadah tangan pada yang Maha Esa.. "Ya Allah,andai ini takdir yang telah engkau berikan kepadaku.. apakan daya ku untuk menolak.. aku hanya insan yang lemah.. kuatkanlah hati hambamu ini.. aku redha...."